02 March, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN PKG DENGAN GURU BESTARI DAN KURSUS FOTOGRAFI/EDITING GAMBAR

Mesyuarat  ini telah berlangsung di PKG Badak pada 1 mac 2011 jam 8.30-10.30 pagi . Pada jam 11.00 pagi bermulanya kursus fotografi/editing gambar sehingga 2 mac 2011. GPB telah menunjukkan minat dalam kursus fotografi yang telah diberikan oleh fasilitator dari The Kaler Picture Kemaman, Terengganu. Mereka berharap pihak PKG dapat mengadakan kursus lanjutan fotografi.  Terima kasih kepada pihak The Kaler Picture kerana sudi mencurahkan ilmu kepada GPM dengan ikhlas.

  • Pihak PKG akan mengadakan kursus lanjutan fotografi/editing secara terbuka kepada guru-guru daerah Bachok yang berminat.

PTP PKG KG CHAP MENDENGAR PENERANGAN DARI FASILITOR
TERPEGUN
FASILITATOR MENUNJUKKAN KEMAHIRAN
SESI FOTOGRAFI

MESYUARAT PENGURUSAN PKG DENGAN GPM DAN KURUS EDUWEB TV/EDITING VIDEO

Telah dilaksanakan pada 23-24 februari 2011. Semua GPM daerah Bachok telah bermesyuarat dan berkursus di PKG Badak. Program ini dijalankan oleh ketiga-tiga PKG di daerah Bachok. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada fasilitator iaitu En. Iskandar Zulkarnain bin Abdul Rahman dari PKG Beris.

PTP PKG DAERAH BACHOK BERSAMA DENGAN PN. SOO AH KHEM
(UNIT BAHASA PPD BACHOK)
TAKLIMAT PTP1 PKG KG CHAP (EN. KAMSANI SALIP)

PENDAFTARAN

GPM MENDENGAR TAKLIMAT DARIPADA FASILITATOR

MESYUARAT PENGURUSAN PENGETUA DAN GURU BESAR

Mesyuarat ini telah dilaksanakan pada 9 februari 2011. Pihak PKG mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah hadir iaitu Timbalan Pegawai Daerah Bachok En. Mohamad Faizol bin Yusoff, dari BTPN Pn. Hajah Masydiah binti Jemain, dan juga En. Arif Bahktiar serta pengetua dan guru besar.


UCAPAN TIMBALAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
PTP1 PKG KG CHAP MENJAWAB PERTANYAAN DARI AHLI MAJLIS MESYUARAT


PEMBENTANGAN SKT OLEH PTP1

PENGETUA/GURU BESAR MENELITI LAPORAN


blogger templates | Make Money Online