28 September, 2010

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

23 September 2010
Pada tarikh tersebut BTPN Negeri Kelantan telah mengadakan satu majlis perhimpunan dan sambutan hari raya bahagian teknologi pendidikan negeri kelantan.Majlis dimulakan dengan bacaan doa, lagu Negaraku dan lagu BTPN.Selepas itu, diikuti pula dengan ucapan En Zakaria bin Hassan berkenaan dengan kerja buat kita di PKG.Kemudian disusuli pula dengan ucapan KPP Pn Hjh Mazenah binti Mohamed.  Majlis tersebut dihadiri oleh 27 buah PKG seluruh negeri kelantan dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan iaitu Tuan Haji Hussin bin Awang.Semua warga BTPN berpakaian baju melayu( lengkap) dan pakaian sesuai untuk perempuan.
Pelbagai aturcara telah dirancang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut seperti nyanyian setiap daerah kelompok pkg dan wakil dari Pn Hjh Mazenah bersama-sama dengan ketua unit.

BENGKEL LESTARI I NILAM 2010

20 September 2010, Bengkel i-Nilam peringkat sekolah-sekolah kelompok PKG Kg Chap telah dilaksanakan, dengan kehadiran 16 orang GPMS dan 3 orang JU dari BTPN. Program bermula pukul 8.00 pagi.

GPMS diberi pendedahan berkaitan dengan sistem i-Nilam, dimana bengkel menjurus kepada peranan GPMS, Penyelaras Nilam, Guru Nilam. GPMS diberi latihan cara-cara muat naik data, kemaskini data pelajar. Semua GPMS diminta untuk mengadakan bengkel peringkat sekolah masing-masing terutamanya kepada guru nilam.

Dalam bengkel berkenaan, data murid (SMM) dimuat naik oleh guru GPMS dengan dibantu oleh JU. Pada akhir bengkel 15 data SMM berjaya dimuat naik ke dalam i-Nilam dan 1 data data SMM tidak dapat dimuat naik kerana ada masalah dengan data tersebut.



  


                                                          





PENGISIAN INSTRUMEN SPPICTS KALI KE 3/2010

Kutipan data ketiga bagi SPPICTS bermula dari 19 Sept 2010 sehingga 8 Okt 2010. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.
Sistem tersebut boleh dicapai di alamat http://pnp.moe.edu.my atau http://ssqs.moe.edu.my.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak sekolah boleh menghubungi Pusat Kegiatan Guru Kg Chap .
Semoga kutipan kali ini akan berjaya seperti kutipan sebelum ini.
  

blogger templates | Make Money Online