25 March, 2010

KUTIPAN DATA SPPICTS

Sila ambil perhatian kepada semua Guru Besar dan Pengetua sila pastikan kutipan data SPPICTS dapat dilengkapkan mengikut jadual di laman web http://ssqs.moe.edu.my/. Berikut adalah kenyataan dari Laman Web KPM berkaitan SPPICTS:-
Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) 2010
Sistem Pemantauan Penggunaan ICT di Sekolah (SPPICTS) telah ditambah baik menjadikan pemantauan semakin menyeluruh. Beberapa dimensi baru telah dimasukkan ke dalam sistem pemantauan ini. Dimensi pemantauan kini meliputi:

1. Pusat Akses Sekolah
2. Makmal Komputer
3. Capaian Internet
4. Perisian Kursus Pendidikan
5. Peralatan PPSMI
6. Perkongsian Pintar
7. EduWebTV
8. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran

Kutipan data penggunaan inisiatif ICT di sekolah akan dilaksanakan secara online sebanyak tiga (3) kali iaitu:

a. 21 Mac hingga 9 April 2010
b. 20 Jun hingga 9 Julai 2010
c. 19 September 8 Oktober 2010

Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dikemukakan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan masa yang telah ditetapkan.

24 March, 2010

DAULAT TUANKU

Kami warga PKG KG CHAP merafak sembah, menjunjung kasih mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Ke-60 ke bawah DYMM Al-Sultan Kelantan. " DAULAT TUANKU".


22hb Mac 2010: Penghakiman Penganugerahan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri di SMK Puteri Saadong

Setelah 2 kali ditunda tarikh penghakiman PSS di SMKPS, maka pada hari ini rombongan para hakim akhirnya tiba seawal jam 9.00 pagi bagi membuat penghakiman PSS kategori Luar Bandar. Rombongan diketuai oleh Pn Hajah Masdiyah Bt Jemain Penolong Pengarah Unit PSP BTPN Kelantan. Rombongan di sambut meriah dengan iringan bunga manggar dan paluan kertok oleh pelajar sekolah. Ucapan Pengetua, persembahan pelajar, mengenali tokoh NILAM negeri SMKPS turut menghangatkan lagi sambutan didewan terbuka SMKPS.  Selesai di dewan rombongan hakim dibawa ke bilik tayang bagi mendengar taklimat PK Pentadbiran dan menikmati tayangan video koperat PSS. Kemudian para hakim bergerak ke bilik-bilik khas dan akhirnya ke PSS. Proses penghakiman berjalan lancar dan mengambil masa yang agak panjang. Proses penghakiman selesai lebih kurang jam 2.30 petang. Setelah selesai para hakim menikmati makan tengah hari sebelum bersurai dengan membawa markah dan harapan warga SMKPS. Kami di PKG merasa cukup puas hati kerana dapat membantu sekolah dalam menyertai pertandingan PSS Cemerlang kali ini. Kami doakan semoga berjaya dan tahniah kepada semua warga sekolah atas kesepakatan yang ditunjukkan.
Ketibaan Rombongan
Para Hakim menikmati paluan kertok
Kumpulan Kertok SMKPS
Barisan Panel Hakim
Taklimat PK Pentadbiran
Hakim menyoal siasat
Suasana Penghakiman PSS
Cenderahati BTPN kepada Sekolah
Makan Tengahari

22hb Mac 2010: Pelancaran Eksplorasi NILAM dan Perlantikan Pengawas PSS SMK PAK BADOL

Hari ini kami ke SMK Pak Badol untuk mengiringi kehadiran Puan Hajah Mazenah bt Mohamed KPP BTPN Kelantan bagi merasmikankan program Eksplorasi NILAM dan Perlantikan Pengawas PSS tersebut. Majlis Bermula seawal jam 7.40 am. Dalam majlis tersebut Pengetua SMK Pak Badol memberi ucapan aluan diikuti dengan ucapan perasmian oleh KPP BTPN Kelantan. Puan KPP juga turut sudi menyerahkan watikah perlantikan pengawas PSS SMK Pak Badol bagi sesi 2010. Puan KPP turut dibawa melawat PSS. Tahniah kepada GPM Pn. Hajah Rosmawati dan ahli jawatanjuasa PSS yang bertungkus lumus bekerja bagi memastikan program ini bejalan lancar.





11 March, 2010

11hb Mac 2010: LIPUTAN KEPUTUSAN SPM SMK SRI GUNUNG

Hari ini keputusan peperiksaan SPM 2009 diumumkan di seluruh Malaysia. SMK Sri Gunung turut mencatat keputusan yang agak memberangsangkan. Berikut adalah keputusan SPM SMK Sri Gunung. Antara pelajar yang berjaya adalah:-

GPS :  5.44
% Lulus : 92.16
Kedudukan Sekolah Harian Dalam PPD Bachok : no - 4


Pengetua bersama pelajar yang cemerlang

AJK PIBG dan PK turut melihat keputusan pelajar

Suasana pelajar mengambil keputusan SPM masing-masing

10 March, 2010

10hb Mac 2010: Mengiringi Lawatan AJK PSS SMKPS Ke SMK Long Ghafar, Kursus Pengautomasian Di BTPN dan Majlis Maulidur Rasul di SK Kuchelong.

En. Kamsani(PTP2) dan Che Saliza(FT 17) bergerak ke BTPN bagi menghadiri kursus pengautomasian PSS PKG, manakala saya ke SMK Long Ghafar bagi mengiringi AJK PSS SMKPS membuat lawatan dan tinjauan PSS Sekolah tersebut dalam bahagian rekod. Kami turut diiringi oleh En.Kasman PTP2 PKG Ketereh. Kami telah disambut begitu mesra oleh Tuan Pengetua SMKLG dan guru PSS mereka. Apa yang menariknya di sekolah tersebut ialah tahap kebersihan. S.ekolah tersebut sangat bersih. Kami sempat di bawa meninjau sebahagian kawasan sekolah seperti kelas pendidikan khas dan surau sekolah. Sungguh berinformasi. Terima kasih En.Kasman,Pengetua SMKLG dan Guru GPM mereka.

Selesai di SMKLG saya bergegas ke SK Kuchelong bagi memenuhi jemputan mereka dalam majlis Maulidur Rasul. Pelajar telah berhimpun diperkarangan PKG untuk berarak dan berselawat. Suasana sungguh meriah. Tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi PKG atas kejayaan majlis dan kesudian menjempu kami.
Mendengar taklimat dari Tn.Pengetua SMKLG
Cenderahati AJK PSS SMKPS buat Tn. Pengetua SMKLG
Suasana PSS SMKLG
Cenderahati dari Tn. Pengetua buat GPM SMKPS

09 March, 2010

9hb Mac 2009: Pemantuan di SK Alor Bakat, SK Pak Badol dan SMK Pak Badol

Bertolak jam 8.30 pagi ke SK Alor Bakat, diikuti dengan SK Pak Badol dan SMK Pak Badol yang memakan masa hampir 7 jam semuanya. Pemantuan kali ini melibatkan 3 pegawai iaitu PTP1,PTP2 dan FT 17. Semuanya berjalan lancar dan sempat juga bersama PPD meraikan majlis sambutan maulidur Rasul di SK Pak Badol.

Dimakmal komputer SK Pak Badol
  
Di PSS SMK Pak Badol
Bersama PPD di SK Pak Badol Sambutan
Maulidur Rasul

TAHNIAH KEPADA SMK SRI GUNUNG ATAS PENCAPAIAN KEPUTUSAN CEMERLANG STPM 2009

Kami di PKG KG CHAP tidak tahu hendak gambarkan betapa gembiranya bila keputusan STPM 2009 diumumkan, apa tidaknya apabila salah sebuah sekolah dalam kelompok PKG ini telah mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Saya beri tabik spring kepada Pn.Pengetua dan para guru SMK Sri Gunung yang bertungkus lumus memastikan pelajar mereka berjaya. Kepada pelajar yang berjaya Tahniah! saya kepada anda sekalian dan sekalung bunga buat ibu bapa kalian kerana berjaya mendorong kalian berjaya. Kami warga PKG sekadar tumpang gembira. Berikut senarai pelajar dan keputusan umum yang dicapai oleh SMK Sri Gunung:

Senarai Pelajar Cemerlang SMK Sri Gunung
5 PRINSIPAL A

    NURUL HIDAYAH BINTI SAMUDIN (SMK SRI GUNUNG)
    Gred Purata 4.00
4 PRINSIPAL A 1B

SITI ROSMARINA BINTI ABDUL HAMID (SMK SRI GUNUNG)
Gred Purata 4.00

NORSHAMIMI BINTI AHMED (SMK SRI GUNUNG)
Gred Purata 4.00

    BILANGAN PELAJAR MENDAPAT 5P- 76 ORANG
    BILANGAN PELAJAR MENDAPAT 4P- 54 ORANG
    BILANGAN PELAJAR MENDAPAT 3P- 41 ORANG
    BILANGAN PELAJAR MENDAPAT 2P- 17 ORANG
    BILANGAN PELAJAR MENDAPAT 1P- 5   ORANG

    TAHNIAH ,TAHNIAH DAN TAHNIAH!!!!!!

    08 March, 2010

    8hb Mac 2010: Pemantauan dan khidmat bantu ICT di SK Kuchelong

    Hari ini tiba giliran kami ke SK Kuchelong untuk memantau dan memberi khidmat nasihat dan juga khidmat bantua. Seperti biasa En Kamsani ke PSS bertemu GPM saya di Makmal Komputer. Dalam pemantuan kali ini kami sempat membuat pemeriksaan perkakasan dan "formating" 16 buah komputer. Dari 16 buah komputer 12 berjaya diformat dengan sempurna yang lain mempunyai masalah perkakasan yang kritikal. Apa yang menyedihkan di makmal komputer SK kuchelong  ialah kerosakan "mouse" dan "keyboard" akibat dari kurang pengawasan guru terhadap para pelajar semasa menggunakan komputer. dari 16 buah desktop yang ada hampir 3/4 darinya rosak "mouse" dan "keyboard". Untuk mengelakkan perkara ini berulang maka PKG menyarankan agar:-
    1. Mouse disimpan oleh guru dan pengguna perlu memintanya bila hendak diguna dan perlu mendaftar penggunaan tersebut, dan menandatangani pengesahan status mouse dan desktop yang diguna bila memulangkannya semula.
    2. Guru perlu membuat pengawasan yang lebih teliti terhadap komputer oleh pelajar. Melepaskan pelajar tanpa pengawasan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
    PKG mengucapkan ribuan terima kasih kepada GPM dan Guru Penyelaras Makmal SK Kuchelong atas kerjasama dan juga pihak pengurusan sekolah. sekian.
    Key board dan headphone yang rosak
    Sebahgian monitor yang rosak
    Mouse yang rosak  roller dan pin jack

    07 March, 2010

    7hb Mac 2010: Majlis Pelancaran NILAM di SK KG CHAP dan Khidmat Bantu PKG Ketereh di SMK Puteri Saadong.

    Hari ini diawal pagi, SK Kg Chap melancarkan program NILAM peringkat sekolah . Acara dimulai dengan Bacaan Doa, Ucapan Guru Besar SK Kg Chap En Hassan Bin Mamat dan diikuti dengan persembahan koir oleh pasukan koir sekolah dan ucapan perasmian oleh Pn Soo Ah Khem Pegawai Unit Bahasa PPD Bachok. Pada Majlis tersebut juga Pn Soo Ah Khem juga sempat melepaskan belon tanda pelancaran program dan sudi menerima buka dari wakil guru dan muriduntuk disumbangkan kepada PSS Sekolah. Tahniah dari PKG atas usaha yang dibuat oleh pihak pengurusan sekolah dan Guru Perpustakaan dan Media Pn.Fairose Bt. Mohd Noor.
    Ucapan Guru Besar En Hassan Bin Mamat
    Ucapan Perasmian Program Pn. Soo Ah Khem
    Sumbagan buku dari wakil guru kepada PSS
    Pelepasan Belon Tanda Program NILAM Di Lancarkan
    Cederahati dari Sekolah kepada PKG

    Pada jam 10.30 pagi saya dan En Kamsani menyambut kedatangan Tn Haji Husaini dan En Kasman dari PKG Ketereh yang di jemput khas bagi membantu PSS Puteri Saadong dalam mempertingkatkan pengurusan PSS sekolah tersebut.  Kedua-duanya telah banyak menyumbang perkongsian ilmu yang tidak ternilai. Saya bagi pihak PKG mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka. Segala budi dan jasa hanya Allah yang membalas.
    Pebincangan antara En Kamsani dan En Kasman serta AJK PSS
    Tn Haji Husaini dan En Kasman
    PK Pentadbiran En Harun Menyampaikan Cenderahati

    04 March, 2010

    4hb Mac 2010: Pemantuan ke SK Kolam dan Majlis MauliduRasul di SK Bekelam

    Kalau semalam pemantuan tidak dilaksanakan memandangkan kehadiran KPP ke SMK Puteri Saadong, maka hari ini ianya disambung semula. Sekolah yang dituju ialah SK Kolam. Selesai di SK Kolam En Kamsani bergegas ke SK Bekelam bagi menghadiri majlis MaulidRasul peringkat sekolah di SK Bekelam. Tahniah kepada  pihak pengurusan dan para guru SK Bekelam kerana berjaya mengadakan majlis seumpama ini. Mudah-mudahan ianya mendatangkan natijah yang baik kepada guru dan anak didik sekalian. 
     
    En Kamsani bersama GPMS SK Kolam

    03 March, 2010

    3hb Mac 2010: Majlis Pelancaran NILAM SMK Puteri Saadong oleh KPP BTPN

    Bertempat di Dewan Terbuka SMKPS telah berlangsung Majlis Pelancaran NILAM peringkat sekolah yang telah dirasmikan oleh Puan Ketua  Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Pn Hajah Mazenah Bt Mohamed. Majlis diadakan dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi proram NILAM di peringkat sekolah. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Kampung Chap En Hasanudin Bin Zaini, diikuti oleh ucapan Tuan Pengetua SMKPS Tuan Haji Pi Remli Bin Che Ishak dan Puan Pengarah BTPN Kelantan Pn Hjh Mazenah Bt Mohamed. Pada majlis tersebut beberapa orang pelajar-pelajar turut membuat persembahan bercerita. Puan KPP juga sudi menyampaikan hadiah kepada murid-murid pada setiap tingkatan yang telah mencapai bacaan buku tertinggi dan sempat meluangkan masa membuat tinjauan ke Pusat sumber Sekolah bagi melihat persediaan PSS untuk diadili oleh hakim pada 11hb Mac 2010 dalam pertandingan PSS cemerlang tahun ini. Kami di PKG mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan sekolah atas program yang dibuat ini dan terima kasih atas kehadiran Puan KPP ke Majlis pada hari ini. Sekian.

    Ucapan Perasmian KPP BTPN Kelantan
    Ucapan Pengetua SMKPS
    Ucapan Pegawai PKG KG CHAP
    Lafaz perasmian oleh Puan KPP BTPN Kelantan
    Pelepasan Banting"Membaca Budaya Warga SMKPS"
    Majlis Penyampaian Cenderahati
    Tinjuan ke PSS

    02 March, 2010

    2hb Mac 2010: Pemantuan di SK Keting dan SK Bakong

    Hari ini pemantuan ke SK Keting dan SK Bakong. Di harap pemantuan kali ini akan memberi impak yang besar kepada sekolah dan dapat memberi kefahama kepada pengurusan sekolah tentang KPI yang perlu kami warga PKG laksaanakan.


    En Kamsani bersama GPM SK Keting

    Di SK Bakong

    1hb Mac 2010: Pemantauan ke SMK Puteri Saadong

    Seperti di war-warkan sebelum ini,bahawa pemantuan ke sekolah akan bermula pada awal Mac 2010, maka pada tarikh ini pemantuan telah dibuat bermula dengan SMK Puteri Saadong. Sekolah ini dipilih menjadi sekolah pertama dipantau memandangkan keperluan sekolah yang akan diadili oleh pasukan pengadil pertandingan PSS cemerlang pada 11hb Mac 2010.

    Bilik Tayang
    Antara Bilik Khas Yang Menjadi Perhatian


    blogger templates | Make Money Online