28 February, 2010

Kalau minggu lepas kursus buat guru bestari dan guru NILAM maka hari ini sampailah masa buat guru perpustakaan dan media(GPM) sekolah-sekolah kelompok Pusat Kegiatan Guru Kg Chap. Kursus ini buat bagi membantu guru GPM terlibat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka tentang pengurusan PSS. Antara perkara yang disentuh kali ini ialah:
  • Perincian borang pemantuan PSS oleh PKG ke Sekolah: disampaikan oleh En Kamsani Bin Salip(PTP2 PKG).
  • Fail Meja dan Fail Pengurusan PSS: disampaikan oleh  Pn Fairose Bt Mohd Noor (JU PSS Kelompok PKG KG CHAP dari SK KG CHAP.)
  • Pengindeksian akhbar dan majalah: disampaikan oleh Hasanudin Bin Zaini (PTP1 PKG)
  • Pengautomasian PSS menggunakan automasi yang dibangun oleh BTP Johor: disampaikan oleh En Tuan Ismail Bin Tuan Ibrahim (JU Bestari kelompok PKG Kg CHAP dari SK Bukit Marak).

Pihak PKG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan JU yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan kursus kali ini. Semoga PSS sekolah kelompok PKG KG CHAP semakin mantap.Sekian
Sebahagian Peserta Kursus GPM
Ucapan dan harapan PTP1
Orang Berbudi PKG Berbahasa- Sedikit cenderahati kepada JU Tn. Ismail
En Kamsani menyampaikan cenderahati buat JU Pn Fairose
Selesai kursus, menjamu selera


25 February, 2010

Bertempat di Dewan Utama Pusat Latihan Ko-Kurikulum Tangok Bachok, telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kali Pertama bagi Pejabat Pelajaran Daerah Bachok. Semua Pengetua, Guru Besar dan staff sokongan sekolah-sekolah Daerah Bachok telah dijemput ke majlis yang julung kali diadakan pada tahun 2010 ini.Perhimpunan bulanan ini juga telah disempurnakan dengan ucap utama yang telah disampaikan oleh tetamu khas iaitu Tn. Haji Ghazali Bin Abd Rahman, Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan. Tema perhimpunan bulanan PPD Bachok kali ini adalah " PENGURUSAN MASA BERKUALITI, MENINGKAT PRODUKTIVITI". Sesungguhnya tema ini adalah tepat dan kena pada masanya. Tuan Pengarah Pelajaran telah mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada semua warga pendidik dan kakitangan Pelajaran di Daerah Bachok agar mementingkan pengurusan masa yang berkualiti agar keberkatan dapat diraih dan natijah akhirnya ialah kecemerlangan akan menyusul sebagai gajaran dan bonus. Kami di PKG mengucapkan tahniah kepada PPD atas inisiatif dan kejayaan menjayakan program ini. Dalam masa yang sama PPD juga telah memberi pengiktirafan kepada pengurusan sekolah menengah dan rendah yang tebaik di Daerah Bachok, dan ianya telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan.

Tuan Pengarah Pelajaran memberi amanat beliau

Bacaan Ikrar

Pengetua SMK Sri Gunung antara penerima anugerah

Pengarah dan Pegawai PPD Bachok bersama barisan penerima anugerah.


24 February, 2010

Seramai 16 orang guru NILAM hadir di Dewan Seminar PKG KG CHAP bagi memenuhi tuntutan pemantapan pengurusan NILAM yang dianjurkan oleh PKG. Kursus ini diadakan bagi membantu guru menguruskan NILAM di sekolah masing-masing. Adalah diharapkan selepas ini NILAM dapat disemarakkan di peringkat sekolah sesuai dengan hasrat PPD dan BTPN Kelantan. Kursus  kali ini telah disampaikan oleh penceramah utama iaitu Pn. Fairose Bt Mohd Noor dari SK KG CHAP dibantu oleh En. Kamsani Bin Salip(PTP2 PKG) dan En. Tuan Ismail Bin Tuan Ibrahim yang menyentuh tentang e-NILAM.
Penceramah utama NILAM kali ini
Para Peserta Kursus
Sesi e-NILAM





23 February, 2010

Khidmat bantu ini melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan hardware, "formating" dan "installation windows" terhadap 20 buah Desktop PC di makmal komputer SM Sri Gunong atas permintaan sekolah kelmarin. Alhamdulillah ianya telah dilaksanakan dengan jaya. Terim kasih kepada FT dan Fasilitator yg juga membantu.

Gambar yg dipetik dari web SMK SRI GUNUNG


22 February, 2010

Hari ini agak sibuk bagi PKG KG CHAP. Apa tidaknya dua agenda besar berjalan serentak.
  1. Pertama seramai 16 orang guru penyelaras makmal komputer sekolah kelompok PKG hadir ke makmal komputer SMK Sri Gunong bagi menghadiri kursus penyelenggaraan komputer anjuran PKG KG CHAP. Kursus diadakan bagi memantapkan pengetahuan guru-guru terhadap pengurusan "hardware" dan "software" komputer sekolah masing-masing. Kursus ini bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang. Fasilitator yang dijemput dalam kursus kali ini ialah En Tuan Ismail Bin Tuan Ibrahim dari SK Bukit Marak. Rata-rata peserta kursus menyatakan kursus kali ini menarik  tetapi agak kecewa kerana dijalankan dalam waktu yang sangat singkat. Akibat dari kekangan masa sukatan isi pelajaran tidak dapat disempurnakan dengan baik terutama dalam membuat" formating windows" menggunakan GHOST. Untuk pengetahuan semua, PKG merancang untuk membuat kursus ini selama dua hari tetapi tidak mendapat kelulusan dari PPD. Maka terpaksa dibuat satu hari sahaja. Para peserta begitu bersemangat dan memohon agar diadakan sekali lagi kursus khusus untuk subjek "formating windows" ini kerana ianya bakal memudahkan mereka mengurus komputer di sekolah. Kami bagi pihak PKG akan cuba mengadakan kursus lanjutan. Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Sri Gunong(Pn Hajah Hasmah Bt Mat Jais), Guru Penyelaras Bestari SMK Sri Gunong( En Mohd Rusman Bin Ismail), Fasilitator SMK Sri Gunong( En Nik Mohd Hafiz) dan FT 17 SMK Sri Gunong(Cik Wan Nur Rosnani) di atas kerjasama yang diberikan.Tidak ketinggalan pegawai PPD dan semua yang terlibat. Semoga kerjasama ini berpanjangan. Jasa dan budi kalian hanya Allah yang membalasnya.
  2. Dalam masa yang sama PKG juga telah dipantau oleh pihak BTPN Kelantan. En Nik Ariff dari unit Pengurusan PKG telah hadir untuk melihat dan menilai "kerja buat PKG" serta memberi bimbingan, dan nasihat kepada kami di PKG agar lebih berkesan. Kepada En Nik Arif dari BTPN Kelantan terima kasih atas kunjugan anda.

En Tuan Ismail Bin Tuan Ibrahim menurunkan ilmunya

PTP1 dengan peserta kursus

Tunjuk ajar dari En Kamsani B Salip(PTP2)

Peserta sedang tekun melakukan kerja-kerja penyelenggaran

Peserta sedang sibuk memasang semula komputer masing-masing

Orang berbudi kita berbahasa.....adat melayu terus dijunjung


21 February, 2010

Kami warga PKG KG CHAP mengucapkan " SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL" kepada semua umat islam di seluruh dunia, khusus buat warga sekolah-sekolah kelompok PKG KG CHAP. Semoga sambutan tahun ini diiringi dengan azam untuk menghayati perjuangan Baginda S.A.W dan cuba seberapa banyak untuk mengamalkan SUNNAH Baginda. Tidak lupa juga kepada semua warga PKG di seluruh Kelantan. Mudah-mudahan kita semakin dekat dengan Baginda Rasulullah S.A.W.

Dapatkan tulisan dan ulasan berkaitan Maulid di http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm



14 February, 2010

Berikut adalah ringkasan e-mail yang diterima dari Sektor Pengurusan Akademik JPN(Unit LDP) dan PPD Bachok (unit LDP).

Perkara:Pelaksanaan Latihan Guru Secara School-Based Tahun 2010

Surat Siaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 23 Julai 2009 bertajuk Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2010 dan 2011 telah mencadangkan bagi tujuan penjimatan, kaedah conventional face to face diganti dengan kaedah blended approach seperti program Mentor-Mentee, Peer Coachig dan Book Review untuk dilaksanakan di sekolah.Oleh itu,bagi tahun 2010 strategi pelaksanaan latihan guru secara school-Based akan dilaksanakan mulai Februari 2010 kepada semua sekolah adalah seperti berikut :

  • In House Training yang telah dilaksanakan hendaklan diteruskan dan
  • Kaedah Book Review dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah in house training bagi mencukupi jumlah kursus selama 7 hari.
  • Bahagian Pendidikan Guru akan melaksanakan pemantauan terhadap kaedah blended approach dari semasa ke semasa secara rawak untuk memastikan Dasar Latihan Sumber Manusia dilaksanakan

Kepada semua sekolah dan s/u LDP sila dapatkan  File Aplikasi KMLDP Versi 2010 dan Garis Panduan Pelaksanaan secara Book Review sebagi panduan pihak sekolah bagi melaksanakan kursus di laman web http://akademik2u.blogspot.com/

13 February, 2010

Salam 1 Malaysia dan Salam Kegemilangan,
Saya dan warga PKG KG CHAP mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga Guru berbangsa Tionghua khususnya di dalam kelompok PKG KG CHAP amnya di seluruh negara..Semoga tahun Harimau ini dirayakan dengan penuh kegembiraan dan semoga tahun baru ini dilimpahi dengan kesejahteraan dan kesihatan yang baik bagi saudara/saudari serta ahli keluarga yang lain.

Sekali lagi saya mengucapkan “GONG XI FA CAI”.



10 February, 2010

Semua guru LINUS di Daerah Bachok hari ini hadir ke PKG KG CHAP untuk bermesyuarat bersama PPD Bachok. Sememangnya salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)  telah dipertanggunjawabkan  kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA dan salah satu dari sub itu ialah  Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012. Bagi memastikan LINUS ini berjalan seperti yang dikhendaki maka mesyuarat ini diadakan. Tahniah kepada Unit Bahasa PPD Bachok yang di terajui oleh Pn Soo Ah Khem yang telah mengambil langkah proaktif dalam memastikan program ini mencapai tahap KPI yang ditetapkan. Melihat kepada seriusnya agenda LINUS ini dijayakan maka Pegawai PPD sendiri iaitu Tn Hj Abdul Aziz Bin Abdullah telah hadir dalam mesyuarat tersebut bagi menyampaikan hasrat dan harapan beliau kepada semua guru-guru LINUS di Daerah Bachok ini. Bagi guru yang ingin mengenali LINUS sila download power point di folder LINUS dalam menu Fail untuk di download. Sekian.

Pendaftaran Peserta

Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah

Suasana Mesyuarat Berjalan Dalam Suasana Tertib

Sebahagia Dari Guru LINUS Daerah Bachok


09 February, 2010

Mesyuarat guru penyelaras ICT @ guru makmal komputer sekolah-sekolah kelompok PKG KG CHAP telah bermula jam 2.30 petang dengan dihadiri semua guru GPB iaitu seramai 16 orang. Mesyuarat juga telah dihadiri oleh Pengerusi PKG Pn Azariah Bt Ahmad dan wakil PPD Bachok iaitu En Che Zahari bin  Che Ali Pegawai Unit ICT PPD Bachok. Dalam mesyuarat kali ini beberapa perkara penting telah disentuh dan dipersetujui diantaranya:
  • Sekolah bersetuju menjadikan keputusan "star rating" pembestarian sekolah dijadikan  TOV sekolah dalam usaha sekolah mencapai status sekolah bestari dan dijadikan petunjuk kepada KPI yang hendak dicapai.
  • Pengumpulan data berkaitan ICT di selaraskan antara PPD dan PKG serta memberi maklumbalas dalam tarikh yang ditetapkan.
  • Wakil PPD bersetuju untuk memanjangkan isu kekurangan guru di sekolah menyebabkan guru GPM dibebani waktu mengajar yang banyak sehingga tidak mampu untuk menyelia makmal dengan baik.
  • PKG bersetuju untuk membuat kursus kongfigurasi, formating dan baik pulih(maintainance) PC(Akan diadakan pada 22 dan 23hb Feb 2010 ). SMK Gunong bersetuju untuk menjadikan makmal komputernya untuk di baik pulih dan diformat sepenuhnya. Satu lawatan"Bachmarking "ke makmal SK Gunong akan diadakan disebelah petang hari akhir kursus tersebut.
  • Khidmat bantu pengurusan makmal komputer juga ditawarkan kepada sekolah yang berminat selain yang ditetapkan oleh PKG.
  • PPD memaklumkan segala urusan penyelenggaran bangunan hendaklah dibuat surat permohonan kepada bahagian pembangunan PPD.
  • Segala surat yang diperpanjangkan ke JPN sebaiknya di s.k ke PPD dan PKG jika berkaitan dengan peralatan ICT atau bangunan makmal.
  • PPD juga akan cuba mendapatkan servis "aircond" makmal secara berpusat di seluruh PPD melalui JKR.
  • Bagi SMK Gunong Dan SMK Kubang Telaga yang tiada talian schoolnet diharap segera membuat rayuan ke BTP agar dipercepatkan proses perpindahan teknologi wireless ke ADSL.
  • Bermula Mac ini PPD memaklumkan semua surat menyurat adalah kearah "paper less". Sekolah hendaklah berikhtiar untuk mengunakan email sebagi alternatif komunikasi.
  • Sekolah juga dimaklumkan agar membuat surat kepada PPD untuk memohon  dakwat printer (tertakluk kepada peruntukan).
  • Laporan STS hendaklah  diteruskan seperti biasa.
  • PPD menyatakan subjek ICTL adalah wajib dijalankan disekolah. Modul boleh didapati di PKG KG CHAP sedikit masa lagi hasil sumbangan Cikgu Tuan Ismail dari SK Bukit Marak.
  • Subjek ICT/ ICTL tiada peruntukan perkapita di sekolah. Sumber kewangan bagi aktiviti  subjek tersebut perlu berbincang dengan pengurusan pihak sekolah.
  • PKG telah menjadikan Makmal Komputer SMK Pak Badol dijadikan "Benchmarking" sekolah menengah dan SK Kolam dan SK Gunong bagi sekolah rendah. Dalam hal ini juga PPD juga telah memilih makmal SK KG Chap sebagai makmal yg akan di jadikan "benchmarking" bagi PPD. Apa yang menariknya semuanya adalah dibawah kelompok PKG KG CHAP.
Sebenarnya pelbagai isu telah diketengahkan dalam suasana mesyuarah yang mesra dan tertib. Semoga ini akan menjadi titik permulaan kepada langkah yang seterus. Akhirnya kami warga PKG mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua guru yang hadir teristimewa kepada wakil PPD dan Pengerusi PKG diatas kesudian datang bagi menyempurnkan mensyurat kali ini. Sekian.

 
Suasana Mesyuarat
 En Che Zahari Che Ali(Unit ICT PPD),Pn Azariah Bt Ahmad(Pengerusi PKG) dan PTP1
 
Sebahagian GPB
  
Guru GPMB sekolah kelompok PKG
 
Menikmati Jamuan Laksa Penang
 
Berbincang sambil makan

08 February, 2010

Hari ini seramai 16 orang guru GPMS telah hadir ke PKG bagi merancang aktiviti PKG yang bersangkut paut dengan PSS. Selain dari berbincang hala tuju aktiviti PSS PKG dan PSS masing-masing, kami turut menerangkan laporan status IQPSS untuk dijadikan TOV PSS masing-masing. Ini adalah bagi memudahkan guru GPM sekolah kelompok kami menetapkan tahap peratus KPI PSS yang hendak dicapai pada tahun ini. Video koperat PSS SMKPS juga telah ditayangkan kepada guru GPM bagi memberi gambaran dan suasana sebuah PSS yang cemerlang. Mesyuarat kali ini pada dasarnya telah memutuskan bahawa semua GPM dan PKG telah bersetuju untuk:-
  • Meningkatkan taraf PSS masing-masing selaras dengan hasrat PPD iaitu mencapai sekurang-kurang 60% markah pemantauan oleh PKG/PPD.
  • Menyemarkkan NILAM dengan menggunakan program e-nilam yang akan di beri pada guru PSS dan guru NILAM( Akan diberi kursus pada 24-25hb Feb 2010)
  • Bersetuju agar guru NILAM dan GPM adalah guru yang berbeza bagi memudahkan pengurusan NILAM dan PSS.
  • Sesuai dengan keputusan mensyuarat pengurusan pada 7-1-2010, guru GPM wajib memegang guru perpustakaan.
  • PKG bersetuju membuat khidmat bantu mengikut permintaan dari sekolah selain dari SKT yang ditetapkan kepada kami.
  • GPM dan PKG bersetuju menjadikan SMK Puteri Saadong sebagai "Benchmarking" PSS dalam kelompok PKG KG CHAP dan SMK Kubang Kerian 1 "BenchMarking" diluar kelompok PKG. Satu lawatan akan diatur oleh PKG dengan kerjasama PPD bagi melawat sekolah SMKPS dalam masa yang terdekat( 25hb Feb 2010)
  • Menetapkan PSS PKG dijadikan PSS 4@5 bintang dengan program khidmat bantu dari GPM sekolah kelompok.
  • Bersetuju mengguna pakai sistem automasi PSS dari Johor yang sebagai sistem aotumasi PSS bagi sekolah yang tidak ada sistem automasi lagi. ( Akan diberi kursus pada -22hb Feb 2010)
  • Mana-mana guru yang belum dilantik sebagai GPM oleh JPN nama mereka akan dihantar ke PPD untuk dibuat tindakan lantikan oleh JPN( Tindakan Pegawai Unit Bahasa PPD Bachok).
Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepada semua GPM yang hadir. Semoga segala usaha kita semua akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kami di PKG sentiasa cuba membantu anda. Insya Allah.


Suasana di Bilik Mesyuarat
Antara GPM yang hadir
Mesyuarat kali ini adalah "paper less"- guna CD
Medaftar Kehadiran
Sesi perbincangan berjalan dalam suasana kekeluargaan

07 February, 2010

Sepeti dirancang, bertempat di kamar Seminar PKG KG CHAP, tepat jam 2.30 petang  telah berlangsung "Mesyuarat Pengurusan PKG KG CHAP" kali-1 bagi tahun 2010. Mesyuarat ini adalah sangat penting kepada PKG kerana ianya menentukan hala tuju kerja dan aktiviti PKG sepanjang tahun ini. Mesyuarat ini sangat bermakna kerana bukan sahaja dari segi pengisian dan agenda mesyuarat tetapi juga kerana inilah julung kalinya mesyuarat seumpama ini diadakan di bangunan PKG yang baru. Mesyuarat kali ini juga mendatangkan impak yang sangat besar kepada PKG dan semua ahli mesyuarat kerana mandapat sentuhan dari Pegawai Pelajaran Daerah Bachok sendiri iaitu Tn Hj Abdul Aziz Bin Hj Abdullah yang sudi hadir. Selain dari itu kehadiran wakil BTPN Kelantan iaitu En Nik Mohd Arif Bin Nik Yusoff juga telah menyemarakkan lagi suasana mesyuarat. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Pn.Hjh. Azariah Bt Ahmad iaitu Guru Besar SK Kuchelong(Pengerusi PKG yang baru). Dalam mesyuarat kali ini, pelbagai isu telah disentuh terutama yang melibatkan kerjasama sekolah-sekolah dan penambahbaikkan keberkesanan peranan PKG dalam menyegerakan proses pembestarian serta usaha memperkasa PSS dan NILAM di sekolah-sekolah. Sepekara yang menarik ialah cadangan dari para guru besar agar:-
  • Mereka AJK  diberi surat perlantikan oleh PPD@BTPN kerana menjawat jawatankuasa pengurusan PKG ini agar mereka boleh merasakan ianya satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
  • Mesyuarat jawatan kuasa kecil di jalankan di Sekolah Ketua-Ketua AJK yang telah dilantik. Segala urusan tarikh dan surat menyurat dilaksanakan oleh PKG manakala urusan makan minum ditanggung oleh sekolah tersebut. Keadaan ini adalah situasi menang-menang dan dapat menimbulkan rasa kebertanggungjawaban mereka dalam melaksanakan tanggungjawab selaku Jawatankuasa Pengurusan PKG.
  • PKG perlu menjelaskan secara terperinci tugas-tugas setiap Jawatankuasa yang ditubuh bila bermesyuarat nanti.
Sebenarnya pelbagai isu dan rancangan  aktiviti telah disentuh dan dicadangkan dalam mesyuarat kali ini. Akhirnya kami warga PKG mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Pegawai Pelajaran Daerah, Wakil BTPN Kelantan dan semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang sudi hadir dalam mesyuarat kali ini. Juga kepada En Hasan Bin Mamat(Mantan Pengerusi PKG) terima kasih atas jasa tuan dalam meneraju PKG sebelum ini. Mudah-mudahan apa yang dirancang oleh kita bersama akan dipermudahkan oleh Allah SWT untuk kita laksanakan. InsyaAllah.

Pegawai PPD Bachok bersama Wakil BTPN dan Pengerusi PKG

Perbincangan Pegawai PPD dan Pegawai BTPN

Sebagahagian dari Guru Besar dan wakil Pengetua yang hadir

Menikmati jamuan ringan selepas bermesyuarat

Pendaftaran peserta mesyuarat

Suasana bilik sebelum mesyuarat diadakan

04 February, 2010

Seramai 2 orang Fasilitator ICT dari sekolah SMK SRI GUNONG dan SK GUNONG telah hadir ke PKG untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan tentang memformat PC dan notebook di sekolah masing dengan menggunakan cara yang mudah serta menjimatkan masa iaitu menggunakan GHOST. Kaedah ini sememangnya mudah dalam membuat installation atau backup sesebuah komputer. Saya berterimakasih kepada rakan guru dari SK Bukit Marak( Cikgu Tuan Ismail) yang telah menyediakan sistem ini serta mengajar saya menggunakannya bagi membantu sekolah-sekolah kelompok saya. Bayangkan installation hanya memakan masa kurang lebih 10-15minit untuk selesai siap dengan driver sekali bagi setiap komputer. Sesungguhnya banyak lagi yang saya perlu dipelajari dari beliau. Kedua-dua fasilitator ini teruja apabila didedahkan serba sedikit tentang sistem ini. Semoga kedua-dua fasilitator ini mengembangkannya pula kepada rakan-rakan mereka.
Failitator SMK SRI Gunong-baju biru dan SK Gunong-baju merah


03 February, 2010

Minggu ini  kami sibuk melakukan kerja-kerja persediaan bagi menghadapi 3 Mesyuarat pada minggu hadapan. Bermula pada hari Ahad(7hb Feb 2010- Mesyuarat pengurusan PKG yang melibatkan semua guru besar dan Pengetua sekolah kelompok), diikuti dengan hari Isnin(8hb Feb 2010-Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang melibat guru-guru GPM sekolah kelompok) manakala Selasa(9hb Feb 2010-Mesyuarat Guru-Guru Penyelaras Bestari dan Guru Peneyelaras Makmal Komputer sekolah kelompok). Namun dicelah-celah kesibukan itu kami sempat hadir ke majlis preview video koperat PSS Cemerlang di SMKPS. Dengan terhasilnya video koperat ini akan menjadikan PSS ini lebih cemerlang dan dijangka mampu menjuarai pertandingan PSS Cemerlang peringkat Negeri Kelantan 2010  dalam katogeri Sekolah Luar Bandar. Maaf saya tidak dapat "upload" lagi video tersebut, memandangkan ianya belum dilihat oleh para juri. Nanti bila sudah dilihat juri insyaAllah saya kongsikan video tersebut. Akhirnya saya bagi pihak PKG KG CHAP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua terutama Pn Hajah KPP BTPN Kelantan di atas kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada kami serta Tahniah! kepada semua yang terlibat seperti sdr Tn Hj Roslan dan juga Pengetua, Penolong-Penolong Kanan,guru-guru SMKPS terutama AJK PSS.. You all so superb!!. Teruskan usaha gigih kalian... insyaAllah kami membantu sedaya kami..
Terpukau dengan Video Koperat!!


01 February, 2010

Bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Puteri Saadong jam 2.30 petang telah berlangsung satu taklimat yang julung kali kali diadakan oleh PPD kepada semua Pengetua,Guru Besar dan Guru Penyelaras Media sekolah-sekolah di Daerah Bachok. Taklimat ini diadakan untuk memberi suntikan dan nafas baru kepada semua kepimpinan sekolah dan GPM agar  memperkasakan semulakan PSS masing-masing selaras dengan keperluan semasa iaitu berasaskan KPI(Key Performence Indicator). Taklimat diberi oleh Pn.Soo Ah Khem(Pegawai Bahasa PPD Bachok) dan Ucap utama disampaikan oleh Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Sendiri iaitu Tn Hj Abd Aziz Bin Abdullah. Antara intipati taklimat adalah :-
  • Mahu melihat PSS Sekolah Daerah mencapai sekurang-kurang 60% markah pemantauan oleh BTPN/PPD/PKG.
  • Sekurang-kurangnya semua PSS di PPD Bachok mencapai 3 bintang dalam penarafan IQPSS
  • Guru GPM diharap diberi pertimbangan pengurangan masa mengajar agar mereka dapat membangunkan PSS.
  • PSS hendaklah sentiasa Berfungsi dan Bersih.
  • Program NILAM perlu disemarakkan agar dapat membantu murid mencapai kecemerlangan akademik.
Selesai taklimat Pegawai PPD dan Guru-guru sempat membuat tinjauan ke PSS SMK Puteri Saadong dan sempat memberi motivasi kepada guru-guru PSS SMKPS dalam menghadapai pertandingan PSS Cemerlang peringkat PPD. Tinjauan ini sangat bermakna buat kami di PKG dan guru-guru SMKPS.
Adalah diharapkan selepas taklimat ini akan berlaku satu lonjakkan saujana di PSS sekolah-sekolah Daerah Bachok. Tahniah buat PPD kerana berjaya membuat taklimat seperti ini. Kami percaya berkat usaha bersepadu antara BTPN Kelantan dan PKG bersama PPD Bachok akan membuahkan hasil yang luar biasa dimasa mendatang. Akhir sekali terima kasih tidak terhingga dari kami dan PPD  kepada Pengetua SMKPS dan warga SMKPS yang menyediakan tempat taklimat dan jamuan.

Ucapan Pegawai PPD

Peserta Taklimat

Tinjauan Pegawai PPD di PSS SMKPS

Bersama Guru PSS



TOP-LEFT ADS

Categories

RECENT$type=list-tab$date=0$au=0$c=5

REPLIES$type=list-tab$com=0$c=4$src=recent-comments

RANDOM$type=list-tab$date=0$au=0$c=5$src=random-posts

RECENT WITH THUMBS$type=blogging$m=0$cate=0$sn=0$rm=0$c=4$va=0

SCIENCE$type=right$va=0$count=3

Powered by Blogger.

DIREKTORI INSTITUSI PENDIDIKAN

SURAT PEKELILING DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN(Sila Download)

MODUL DAN BUKU SUMBER(Sila Download)

SEARCH

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI.KUNJUNGAN ANDA KAMI HARGAI

Hakcipta© Terpelihara by : PKG KG CHAP BACHOK KELANTAN[http://pkgkgchap.blogspot.com] .

BERITA TERKINI

Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dikemukakan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan masa yang telah ditetapkan.



Maklumkan pada kami sekiranya sekolah anda menjalankan acara rasmi/aktiviti,agar dapat dimuatkan dalam blog kami. Terima kasih.


Dapat lagu-lagu untuk kegunaan acara rasmi atau apa sahaja lagu lain seperti lagu NegaraKu,Selamat sultan, nasyid,lagu pra,march,latar sajak serta banyak lagi di PKG atau Klik dibutang download Lagu(Acara Rasmi Sekolah)di bawah. KAMI CUBA MEMENUHI KEPERLUAN ANDA


Makluman kepada GPM sila kemaskini IQPSS dan I-NILAM 2011 mulai bulan Februari. Sila print instrument IQPSS untuk pemantauan pihak PKG. Harap maklum.(1.3.2011)



Makluman kepada guru-guru daerah Bachok, PKG daerah Bachok akan menganjurkan Bengkel Fotografi dan Advance Photoretouching selama 2 hari 1 malam. Bertarikh 1/2 April 2011. Bertempat di Sri Aur Village,Pantai Melawi,Bachok. Yuran adalah Rm250. Penginapan dan makan minum disediakan. Kepada yang berminat sila hubungi En. Kamsani PTP PKG KG CHAP . Tel-0199388985

Statistik Bil. Sekolah dan Murid Seluruh Malaysia 2010(Dari Web KPM)

 
Bilangan Sekolah

Rendah

Menengah

Jumlah

7,655

2,189

9,844

Bilangan Murid (Enrolmen)

Rendah

Menengah

Jumlah

3,111,948

2,304,976

5,416,924

MUTIARA KATA

VISI DAN MISI PKG KG CHAP

VISI

Ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah.

MISI

Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.

PERKHIDMATAN DI PKG KG CHAP

 

KEPAKARAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Memberi pendedahan kepada guru tentang teknologi terkini untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran &; pembelajaran menjurus ke arah konsep sekolah BESTARI.

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Memberi khidmat nasihat untuk membangunkan Pusat Sumber Sekolah merangkumi aspek-aspek fizikal, pengurusan, pentadbiran, program NILAM, program galakan membaca, dan aktiviti PSS sehingga mencapai tahap PSS cemerlang.

RAKAMAN &; SUNTINGAN VIDEO

Membantu dan melatih guru-guru dalam proses suntingan video dalam P &; P.

MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA

Merancang / mengendalikan / menguruskan kursus &; bengkel serta program-program khas yang diperlukan oleh guru.

PENGEDARAN & RAKAM SALIN CDRI

Menjadi pusat pengedaran CDRI terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia ke sekolah-sekolah ahli.

MENGURUSKAN PENGGUNAAN PERALATAN TEKNOLOGI BTP

Antara peralatan yang terdapat di PKG ialah: Peralatan ICT, PA Sistem, Photostat.

 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

PENAFIAN: SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWASANYA:-

Pemilik blog PKG KG CHAP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen atau catatan yang tercatat dalam ruangan ulasan. Sebarang komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

POLITICS$type=left$va=0$count=3

TECH$type=three$author=hide$comment=hide$rm=hide

BY READERS$type=blogging$cate=2$count=4

FASHION$type=two$h=0$meta=0$rm=0$snip=0

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

HELPDESK ICT, VLE FROG DAN TALIAN INTERNET 1BESTARINET

HELPDESK ICT, VLE FROG DAN TALIAN INTERNET 1BESTARINET

PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Ybrs En Zaidi bin Yazid

KETUA PENOLONG PENGARAH

KETUA PENOLONG PENGARAH
EN NASIR BIN MOHD NOOR

PT N22 (KUP)

PT N22 (KUP)
CIK HABSAH BIN JUSOH

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
NURSALIZA BT ABD WAHAB

Footer Logo

Footer Logo
KAMSANI BIN SALIP

BUSINESS$type=complex$count=4

Jadul Gaji 2016

JADUAL Pembayaran Gaji 2016
Jan Feb Mac Apr
21 25 24 24
Mei Jun Jul Ogo
24 23 25 25
Sep Okt Nov Dis
22 20 24 20

EMAIL PILIHAN

Footer Pages

TINGGALKAN PESAN UNTUK KAMI

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

File berkaitan PSS/ICT/NILAM/PUSAT AKSES- Klik Untuk Download

Popular Posts