Pada tarikh tersebut BTPN Negeri Kelantan telah mengadakan satu majlis perhimpunan dan sambutan hari raya bahagian teknologi pendidikan negeri kelantan.Majlis dimulakan dengan bacaan doa, lagu Negaraku dan lagu BTPN.Selepas itu, diikuti pula dengan ucapan En Zakaria bin Hassan berkenaan dengan kerja buat kita di PKG.Kemudian disusuli pula dengan ucapan KPP Pn Hjh Mazenah binti Mohamed. Majlis tersebut dihadiri oleh 27 buah PKG seluruh negeri kelantan dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan iaitu Tuan Haji Hussin bin Awang.Semua warga BTPN berpakaian baju melayu( lengkap) dan pakaian sesuai untuk perempuan.
Pelbagai aturcara telah dirancang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut seperti nyanyian setiap daerah kelompok pkg dan wakil dari Pn Hjh Mazenah bersama-sama dengan ketua unit.