28 January, 2010
- 8:38:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Tarikh ini adalah tarikh yang agak sibuk bagi PKG KG CHAP. Apa tidaknya bermula jam 830 pagi lagi PKG telah menerima kunjugan dari Guru Kurikulum dan guru PSS SMU(A) Darul Ulum Kolam Bachok. Sekolah ini merupaka sekolah yang baru disenaraikan dalam kelompok PKG Kg Chap. Kunjugan ini adalah untuk mendapat pengalaman dalam mengurus PSS dan NILAM sekolah. Ini adalah satu inisiatif PKG dan Pengurusan SMU(A)DU dalam memantapkan pengurusan PSS kerana sebelum mereka sebelum ini tidak mempunyai pengalaman lagsung dalam bidang berkaitan. Kami bukan sahaja memberi taklimat kepada mereka berkaitan kerja-kerja proses teknik tetapi mereka juga dibawa melawat ke PSS SK Kubang Telaga bagi melihat situasi sebenar sebuah PSS dan bagaimana ianya diurus. Taklimat dan Lawatan diurus oleh PTP2 En Kamsani dan En Che Ghani.serta Cik Sally.
Sedang En Kamsani sibuk di PKG saya bergegas ke SMKPS untuk menyambut kedatangan pegawai dari BTPN Kelantan yang sangat dinanti oleh Pengetua,Guru Pentadbir dan guru-guru PSS SMK Puteri Saadong . Siapa lagi kalau bukan Tn Hj Roslan Bin Mohamed(Lan Kota). Kunjugan kerja beliau kali ini amat tepat pada masanya dan diibaratkan" sirih pulang ke ganggang" apatah lagi di saat sekolah ini sedang dahaga petunjuk dan ilmu bagi menyertai pertandingan PSS peringkat negeri. Saya bagi pihak PKG mengucapkan ribuan terima kasih kepada KPP BTPN Kelantan yang sudi memenuhi permohonan kami dan terima kasih juga buat Tn Hj Roslan kerana sudi membantu. Sesungguhnya kami(Bachok) sudah lama menanti sentuhan anda.Dalam kunjugan kali ini banyak bilik lain yang sempat dilawati oleh beliau seperti bilik BBM, Bilik Tayang dan Pusat Akses serta makmal komputer.
Pada sebelah petang Tn Hj Roslan dan saya bergerak ke PKG bagi satu lagi sesi iatu "Bengkel Pembinaan Skrip PSS Cemerlang". Bengkel berjalan dengan lancar shingga jam 5.00 petang. Terima kasih daun keladi kepada sdr LAN KOTA.
- 7:41:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Hasil pemuafakatan kami akhirnya kami berjaya mendapatkan skirting sebagai persediaan untuk menyambut ketibaan para Pengetua dan Guru Besar juga para pelanggan PKG Kg Chap. Kerja-kerja membeli dan memilih kain dilakukan oleh En Kamsani dan En Che Ghani. Adalahah diharapkan keadaan ini akan menceriakan PKG dan menjadikan ianya selesa kepada pelanggan PKG.
25 January, 2010
- 6:17:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Bertempat di Kamar Musyawarah Pejabat Pelajaran Daerah Bachok telah berlangsung PROGRAM PEMUAFAKATAN diantara BTPN Kelantan dan PPD Bachok. Program ini adalah program "turun padang" BTPN Kelantan ke PPD-PPD seluruh Kelantan untuk melihat kekuatan dan persamaan yang dapat dikongsi dengan PPD agar dapat memaksimumkan keberkesanan fungsi PKG dan BTPN kepada guru-guru sekolah. Seramai 5 orang wakil dari BTPN Kelantan yang diketuai oleh KPP BTPN Kelantan iaitu Pn. Hajah Mazenah Bt Mohamed dan 4 orang Penolong Pengarah.(Ketua Unit PSP,Ketua Unit Promosi, Inovasi dan Media,Ketua Unit ICT dan Pemangku Unit Pengurusan PKG). Manakala dari PKG seramai 5 orang wakil dan 8 orang wakil dari pihak PPD Bachok yang diketuai oleh Timbalan PPD En Mohd Faizul Bin Yusoff. Semua Ketua Unit dari BTPN membentangkan SKT mereka dan dibincang untuk mencari titik persamaan yang dapat dikongsi dengan PPD.Kami PKG Daerah Bachok mengucapkan tahniah kepada KPP BTPN dan PPD Bachok kerana berjaya melaksanakan program ini. PKG Daerah juga berterima kasih kepada PPD yang telah melantik Desk Officer(Penghulu) di PPD yang menjaga Hal Ehwal PKG Daerah iaitu Pn Soo Ah Khem(Unit Bahasa PPD Bachok). Semoga program seperti ini dapat diteruskan.
24 January, 2010
- 7:07:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat PKG KG CHAP telah berlangsung suatu mesyuarat antara PKG Daerah Bachok dan Wakil Pejabat Pelajaran Daerah Bachok. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyelaras segala aktiviti PKG Daerah Bachok dengan aktiviti PPD Bachok terutama dalam bidang pemantauan, kutipan data ICT/NILAM dan pengurusan bengkel dan latihan oleh PKG. Antara yang dipersetujui adalah:
- PPD bersetuju untuk menjalankan pemantuan bersepadu bersama PKG melibatkan beberapa buah sekolah.
- PPD bersetuju menggunakan borang pemantuan PSS BTPNKEL selagi ianya juga digunakan dalam penghakiman peringkat kebangsaan agar ianya selaras dan tidak mengelirukan guru dengan borang yang pelbagai jenis apabila beliau turun memantau sekolah.
- PPD bersetuju untuk mengadakan taklimat kepada para Pengetua dan Guru Besar tentang bagaimana seriusnya PPD dalam program memperkasakan PSS dan NILAM sekolah pada wal Februari ini 2010.
- PPD dan PKG Daerah bersetuju untuk berkongsi DATA samada DATA ICT dan NILAM.
- PPD dan PKG akan memanggil semua guru NILAM untuk diberi pendedahan semula bagi menyemarakan program NILAM di sekolah. Ini dibuat memandangkan di sekolah guru NILAM dan guru GPM adalah guru yang berbeza.
Kehadiran:
Pn Soo Ah Khem( UNIT BAHASA PPD BACHOK)
En Mohd Rozi Bin Nawi( PKG BADAK)
En Mohd Asri Bin Semail(PKG BERIS KUBOR BESAR)
En Hasanudin Bin Zaini(PKG KG CHAP)
En Kamsani Bin Salip(PKG KG CHAP)
En Cik Ghani BinChe Hussin(PKG KG CHAP-pencatat mesyuarat)
23 January, 2010
- 10:57:00 AM
- admin kg chap
- Makluman
- No comments
PUTRAJAYA, 22 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jumaat menafikan laporan yang mendakwa pembayaran elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dinikmati penjawat awam akan ditarik balik.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam ketika dihubungi Bernama di sini berkata: "Itu semua khabar angin dan tidak benar".Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog dan penyebaran SMS yang mendakwa bahawa kerajaan akan menghapuskan pembayaran COLA dan ITP penjawat awam sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman menafikan khabar angin itu dan berkata jika ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta penjawat awam.-- BERNAMA
21 January, 2010
- 6:53:00 PM
- admin kg chap
- Pemantauan
- No comments
DI SK ALOR BAKAT
DI SMU DARUL ULUM
20 January, 2010
- 8:54:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti
- No comments
Buat julung kalinya PKG Kg Chap mengatur lawatan penanda aras PSS, bagi memenuhi keperluan pelanggan dari SMK Puteri Sadong(SMKPS) dan SK Kg Chap. Untuk pengetahuan, tahun ini PSS SMKPS dicalonkan ke pertandingan peringkat negeri katogeri luar bandar yang akan di buat penilaian pada awal Februari ini. Dalam usaha memantapkan persediaan PSS mereka, SMKPS telah memohon dari PKG untuk membuat lawatan ke PSS Cemerlang. PKG Kg Chap mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua dan pihak pengurusan SMK Kubang Kerian 1 dan SMK Tendong yang mengizinkan kami membuat lawatan ke PSS mereka. Dalam lawatan ini pelbagai ilmu dan pengalaman telah di timba oleh kami dan para guru terlibat. Sekalung tahniah buat GPM kedua-dua sekolah iaitu Pn. Ezlina Ezura(SMK KK1) dan Pn Siti(SMKT). Anda berdua sememangnya "iron lady" begitu juga AJK PSS masing-masing. Bersama ini disertakan gambar lawatan kami. Gambar penuh sila hubungi saya di PKG @ sesetengahnya boleh didownload di facebook saya (nidaruz zuradin). Saya berharap satu hari saya dapat membawa semua guru-guru GPM di kelompok ini untuk membuat lawatan penanda sebagimana hari ini. InsyaAllah.
DI SMK KUBANG KERIAN 1
Guru GPM SMK KUBANG KERIAN 1
DI SMK TENDONG
Guru GPM SMK TENDONG
19 January, 2010
- 5:17:00 PM
- admin kg chap
- Pemantauan
- No comments
Seperti hari sebelumnya saya dan En Kamsani ke sekolah kelompok. Kali ini kami ke SK Pak Badol dan SMK Pak Badol. Sekolah ini agak jauh dari PKG. Kedua-dua pemimpin sekolah ini menyambut kami dengan mesra sekali begitu juga guru makmal dan GPM mereka. Perbincangan dan perkongsian maklumat berlaku dalam suasana kekeluargaan. Kedua-dua sekolah ini mempunyai capian internet yang baik. PSS juga sudah mula digerakkan. Di SMK Pak Badol saya teruja kerana Pengetuanya begitu berminat dengan ICT dan mempunyai laman blognya sendiri(http://hamdiawang.blogspot.com). Maka tak hairanlah sekolah ini dinobatkan sebagai yang terbaik pengurusan makmal di Anugerah Gemilang PPD Bachok baru-baru ini. Begitu juga SK Pak Badol juga menerima anugerah juga tapi dalam kategori yang berbeza. Bersama ini disertakan gambar kenangan kami di kedua-dua sekolah.
Di SK Pak Badol
Di SMK Pak Badol
18 January, 2010
- 4:53:00 PM
- admin kg chap
- Pemantauan
- No comments
Hari ini saya bergerak dengan juruteknik Cik Nursaliza ke 3 buah sekolah. Ini disebabkan En Kamsani ke BTPN Kelantan kerana menghadiri mesyuarat pertandingan PSS peringkat negeri. Saya bersyukur kerana sempat berjumpa dengan En Abdullah, Guru Besar SK Bukit Marak. Ini kerana beliau akan bertukar ke SK Sungai Dua Bachok minggun depan. Sempatlah saya mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat bertugas kepada beliau.sepanjang beliau bersama saya di bawah kelompok PKG KG Chap. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Ismail kerana banyak memberi maklumat tentang ICT. Canggih sungguh beliau ni.. Nampaknya saya kena berguru dengannya. Sudahlah bijak tidak lokek pula ilmu. Di SK Bukit Marak ada capaian internet, di SK Kg Chap tiada capaian dan di SK Bekelam ada capaian. Guru ICT dan guru PSS diberi pendedahan membuat buku pengurusan PSS dan makmal komputer seperti format yg dikhendaki oleh unit PSP BTPNKel dan format PPD(bagi ICT). Cuma saya harap bila sudah siap nanti hantarlah satu salinan ke PKG.
Di SK Bukit Marak
Di SK Bekelam
Di SK Kg Chap
Sementara saya dan Cik Nursaliza bergerak ke sekolah, En Kamsani di BTPN Kel En Cik Ghani pula sibuk menyusun dan mengemaskini buku PSS. Fail Kuasa PSS PKG sudah disiapkan. InsyaAllah minggu depan kita print.
17 January, 2010
- 7:37:00 PM
- admin kg chap
- Aktiviti PPD
- No comments
Pada sebelah petang 17.1.2010 bertempat di Dewan Besar SMK Beris Panchor telah berlangsung satu program "JOM KE SEKOLAH" anjuran PPD Bachok. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Dato' Dr Awang Adek Bin Hj.Husin-Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Program ini buat di atas kesedaran peri pentingnya pelajar hadir ke sekolah. Ianya menyerlahkan kesungguhan pihak PPD dalam memastikan tiada pelajar yang ponteng dari menghadiri kelas. PPD Bachok adalah PPD pertama di Negeri Kelantan yang melaksanakan program ini. Dalam majlis tersebut juga sekolah-sekolah menengah di dalam PPD Bachok yang mendapat kejayaan dalam peperiksaan PMR 2009 diberi pengiktirafan. Tahniah kepada PPD Bachok dan semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Dapatkan gambar penerima anugerah di facebook saya (nidaruz zuradin) atau hubungi saya di PKG KG CHAP.
Sebahagian dari gambar dalam program tersebut
- 7:14:00 PM
- admin kg chap
- Pemantauan
- No comments
Di SK Bakong
Di SK Keting
Di SK Kolam
Subscribe to:
Posts (Atom)